Profil

linda othman
7 Tahun Di Dalam Industri. Saya Dah Faham Segala Selok Belok Bidang Hartanah Ni.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Hi, Saya Siti Haslinda Othman atau lebih mesra dengan panggilan Linda Othman.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Hartanah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) dan pernah bekerja sebagai Pegawai Pernilaian di beberapa syarikat swasta sekitar Lembah Klang.
Sepanjang 7 tahun dalam bidang ini, perkara paling menggembirakan saya ialah apabila dapat membantu penjual jualkan hartanahnya dengan cepat dan dengan harga yang berbaloi. Begitu juga apabila dapat membantu pembeli dapatkan hartanah yang di idamkan dan bantu proses jualan sehingga penyerahan kunci dengan lancar.
Sebelum pihak pemilik meneruskan penjualan hartanahnya, saya memberikan kefahaman sepenuhnya kepada pemilik supaya beliau faham proses keseluruhan termasuk tempoh masa dan kos. Setelah pemilik bersetuju untuk jualkannya, saya akan uruskan sehingga selesai.
Begitu juga dengan pembeli. saya akan fahamkan dan suaikan hartanah yang berbaloi ikut kelayakan pinjamannya. Jika pembeli dah berminat saya akan uruskan A hingga Z.
MASALAH yang saya jumpa dan mampu selesaikan :
- Rumah yang keadaan yang sangat teruk lama terbiar tetapi saya berjaya dapatkan pembeli.
- Rumah yang pemiliknya ada masalah rumahtangga (bercerai), tetapi saya berjaya uruskan persetujuan kedua belah pihak untuk jualkan dengan aman.
- Menguruskan penjualan kepada pasangan yang sangat berminat nak membelinya. Dari segi gaji layak buat pinjaman,tetapi tiada deposit.
- Membantu Penjawat Awam yang inginkan bantuan dari segi pengurusan Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA).
- Membantu pembeli menguruskan proses jual beli rumah yang mereka telah sewa dengan pihak tuan rumah , walaupon mereka sudah lama menyewa dengan tuan rumah mereka lebih percaya & yakin jika ada nya Ejen Hartanah.
Jangan segan-segan untuk guna khidmat saya.
Saya sedia membantu anda semua.
Pencapaian Di Dalam Bidang Hartanah
Apabila saya dipilih untuk membantu klien klien untuk menguruskan hartanah mereka, hasil yang terbaik, pantas dan mudah adalah matlamat utama saya.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua klien yang telah memilih saya sebagai ejen hartanah pilihan.