- Linda Othman - Ejen Hartanah
Nak Jual Hartanah Tapi Tak Tahu Prosedur & Kaedah Terbaik?
Saya Dah Bantu Lebih 500 Pemilik Uruskan Jual Beli Hartanah Mereka. Izinkan Saya Bantu Anda.
Dengan 7 tahun pengalaman sebagai PERUNDING HARTANAH SEPENUH MASA, dan jaringan kepakaran yang luas, saya bantu anda uruskan kesemuanya.

KEPAKARAN SAYA
Bagaimana saya boleh bantu anda jual hartanah dengan PANTAS, MUDAH & SELAMAT?
Proses penjualan hartanah bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya melibatkan banyak pihak seperti Bank, Peguam, Jabatan Kerajaan, Penilai dan agensi lain yang berkaitan. Saya akan bantu anda uruskan kesemuanya.
Kajian Harga Pasaran
Saya bantu anda semak harga pasaran kediaman anda dengan panel penilai yang terpilih daripada bank dan agensi untuk mendapat harga jualan yang terbaik
Fotografi & Video Hartanah
Gambar dan video yang menarik akan menarik pembeli untuk datang melihat sendiri hartanah anda. Saya bantu anda hasilkan foto dan video terbaik
Pemasaran & Pengiklanan
Pemasaran dan pengiklanan di medium online & offline dengan lebih daripada 1000 rangkaian bagi mempercepatkan proses penjualan
Pasukan Hartanah
Saya akan bersama sama pasukan seramai lebih dari 200 orang ejen yang komited untuk bersama sama memastikan hartanah anda terjual dengan pantas
Jaringan Bank, Penilai & Peguam
Dengan jaringan dan hubungan yang luas, akan membantu melancarkan proses penjualan hartanah anda dengan pantas dan mudah
7 Tahun Pengalaman
Pengalaman menjadi Perunding Hartanah Sepenuh Masa selama 7 tahun, saya mempunyai track record yang terbaik dan telah memenangi pelbagai anugerah
KENALI PERUNDING HARTANAH ANDA
7 Tahun Dalam Bidang Hartanah, Saya Sentisa Beri Yang Terbaik
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Saya Siti Haslinda Othman atau lebih mesra dengan panggilan Linda Othman.
Sedikit latar belakang saya, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Hartanah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) dan pernah bekerja sebagai Pengawai Penilaian di beberapa syarikat swasta sekitar Lembah Klang.
Sepanjang 7 tahun dalam bidang ini, perkara paling menggembirakan saya ialah apabila dapat membantu penjual jualkan hartanahnya dengan cepat dan dengan harga yang berbaloi. Begitu juga apabila dapat membantu pembeli dapatkan hartanah yang diidamkan dan bantu proses jualan sehingga penyerahan kunci dengan lancar.
Sebelum pihak pemilik meneruskan penjualan hartanahnya, saya memberikan kefahaman sepenuhnya kepada pemilik supaya beliau faham proses keseluruhan termasuk tempoh masa dan kos. Setelah pemilik bersetuju untuk jualkannya, saya akan uruskan sehingga selesai.
Begitu juga dengan pembeli. Saya akan fahamkan dan suaikan hartanah yang berbaloi ikut kelayakan pinjamannya. Jika pembeli sudah berminat saya akan uruskan A hingga Z, seperti contoh : bantu dalam urusan pinjaman bank, menyediakan lantikan peguam & sebagainya.

Pencapaian & Anugerah
Pencapaian Sejak 2017
Testimonial
Apa Kata Klien?
Kepuasan klien adalah keutamaan yang saya titikberatkan sejak dari mula.
KLIK VIDEO untuk review.
Izinkan Saya Bantu Uruskan Hartanah Anda
Langkah 1
HUBUNGI saya melalui Whatsapp / Telegram untuk proses perbincangan tentang hartanah anda.
Langkah 2
Proses INSPECTION akan dijalankan di hartanah anda bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas
Langkah 3
Proses PENGIKLANAN akan dijalankan di medium pengiklanan hartanah dan medium terpilih
Langkah 4
Proses RUNDINGAN di antara pembeli dan penjual bagi mendapatkan keputusan yang terbaik
Isikan Maklumat Hartanah Anda Untuk Saya Bantu Dengan Lebih Mudah
F. A. Q
Soalan Lazim
Linda Othman merupakan Perunding Hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai & Pentaksir Malaysia (LPPEH) dan bernaung di bawah Protasa Properties Sdn Bhd
Agency fee yang dipraktikkan di Malaysia adalah 3.24% daripada harga rumah. (termasuk SST)
Shah Alam, Puncak Alam, Sungai Buloh