Linda Othman

Blog

Kenapa Ramai Anak Muda Masih Belum Bersedia Untuk Beli Rumah? 7 Tips untuk anda…

Bayangkan anda baru habis belajar, mula nak menjadikan semua impian “orang dewasa” jadi kenyataan. Nak kerja, kumpul duit, melancong, kahwin dan beli rumah. Pendek kata, nak buat semua lah! Sekalinya, pandemik COVID-19 melanda, dan jugak masalah ekonomi yang kurang stabil. Kesemua orang terjejas, semua orang tak tahu nak buat apa. Macam tak nampak sinar je dalam hidup ni. Dapat kerja pun gaji cukup makan je! Aduh, memang susah hidup dan kesan nya sehingga sekarang.

Malah, data terbaru menunjukkan gaji bulanan rakyat Malaysia turun 9.0% dan sekarang gaji penengah hanyalah RM2,062.00 sebulan! Graduan tak usah cakaplah, gaji rendah pun diambil asalkan dapat kerja. Ada graduan yang dapat kerja dengan gaji sikit lagi nak cecah gaji minimum tau! Situasi Semasa Gaji Graduan Graduan adalah antara kumpulan yang paling teruk terjejas, baru nak memulakan kehidupan. Cari kerja susah dapat, kalau dapat pun gaji tak sepadan dengan kelulusan. Merujuk data Jabatan Perangkaan, anggaran gaji bulanan buat graduan lepasan ijazah adalah antara RM1,001.00 hingga RM1,500.00 dibandingkan dengan tahun 2019 iaitu RM2,001.00 hingga RM2,500.00

Dalam masa yang sama, anggaran gaji bulanan untuk lepasan PHD dan Master kekal pada purata RM5,001.00 hingga RM10,000.00 manakala untuk lepasan diploma pula pada kadar RM1,001.00 hingga RM1,500.00. Tapi jangan putus asa, hasil utama pendidikan bukanlah untuk jadi kaya. Pendidikan yang bagus sepatutnya beri anda pilihan kehidupan yang lebih banyak. Setiap orang ada keperluan dan kehendak yang berbeza, saya tak boleh cakap untuk semua orang.

Tapi jika anda adalah graduan mula bekerja dan memang bercita-cita nak beli rumah mungkin dalam 3-5 tahun lagi, saya boleh bantu dengan langkah-langkah yang disenaraikan.

Jom tengok apa anda boleh buat ….

7 Tip Untuk Generasi Muda Yang Ingin Membeli Rumah

Masa muda adalah saat yang menarik dalam kehidupan seseorang. Ramai yang memulakan kerjaya dan mula mencari rumah pertama mereka. Bagi generasi muda yang ingin membeli rumah, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan agar proses pembelian berjalan lancar.

1. Rancang Kewangan Anda Dengan Teliti

Sebelum membuat keputusan pembelian, pastikan kewangan anda tersusun dengan baik. Buat anggaran bagi pembayaran bulanan termasuk ansuran pinjaman, cukai hartanah, dan kos penyelenggaraan. Tambahan, boleh jugak anda mulakan dengan buat simpanan setiap bulan, rancang perbelanjaan harian, boleh berjimat dari segi kos hidup. Dari situ, anda akan lebih jelas dari segi kemampuan kewangan untuk membeli rumah idaman.

2. Kenal Pasti Keperluan Anda

Tentukan keperluan anda untuk rumah impian anda. Adakah anda menginginkan rumah yang terletak berdekatan dengan kemudahan awam atau lebih memilih kawasan yang tenang dan damai. Faktor ini bergantung dan berkait rapat dengan tip no.1.

3. Cari Rumah Yang Berpatutan Dengan Bajet Anda

Jangan terlalu teruja dengan rumah yang melebihi bajet anda. Cari rumah yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda supaya pembayaran bulanan tidak membebankan. Tidak perlukan kita ikutkan orang kebanyak kan yang membeli diluar kemampuan, bak kata pepatah “Ukur Baju DiBadan Sendiri”.

4. Runding Dengan Bank Untuk Pinjaman Terbaik

Sebelum membuat keputusan, berbincang dengan bank mengenai pelbagai pilihan pinjaman yang mereka tawarkan. Pilih yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan anda.

5. Pertimbangkan Lokasi Dengan Teliti

Lokasi adalah faktor penting dalam pembelian rumah. Pastikan lokasi yang anda pilih sesuai dengan gaya hidup anda dan mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti sekolah, hospital, dan pusat membeli-belah. Faktor ini jugak penting di ambil berat kerana ia merupakan salah satu faktor penting untuk proses penjualan di masa akan datang.

6. Periksa Kadar Pinjaman Yang Disediakan

Pastikan anda memahami sepenuhnya kadar pinjaman yang ditawarkan oleh bank. Semak sama ada ia tetap atau berubah-ubah dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada pembayaran bulanan anda.

7. Gunakan Khidmat Perunding Hartanah

Perunding hartanah profesional dapat membantu anda dalam proses pembelian rumah. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang pasaran hartanah tempatan dan boleh memberikan panduan yang berguna dalam membuat keputusan yang bijak. Tambahan, dengan ada nya khidmat rundingan profesional dari Perunding Hartanah tip-tip yang disenaraikan di atas anda jugak boleh berbincang dan mendapatkan khidmat penuh dari mereka, boleh dikatakan macam “ONE STOP CENTRE” lah mudah kan.

Dengan mengikuti tip-tips di atas, generasi muda dapat mempersiapkan diri dengan baik sebelum membeli rumah pertama mereka. Lakukan penyelidikan dan pertimbangan yang teliti untuk memastikan pembelian yang bijak dan berbaloi.

Linda Othman, Perunding Hartanah

Protasa Properties Sdn Bhd

Kongsikan artikel ini

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top